mcmc
Maklumat Komuniti

PROGRAM DASHBOARD KOMUNITI

Program Dashboard Komuniti pada kali ini dijalankan pada 18 November 2017 (Sabtu) bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 5.00 petang. Pada kali ini, program ini telah dihadiri sebanyak 83 orang penduduk Kampung Beladin. Program ini dijalankan bersama di antara PI Beladin dan JKKK Kampung Beladin. Tujuan program ini adalah untuk mempromosikan Dashboard Komuniti (MyHealth, MyShop, MyKomuniti, MySoal) kepada penduduk kampung. Antara program yang dijalankan adalah Jom Muat Turun Apps yang dimuat turun di dalam handphone persendirian masing-masing, Pemeriksaan Tekanan Darah (MyHealth) yang diberikan secara percuma, Taklimat Erezeki, Advokasi, Dashboard Komuniti di mana setiap peserta akan diberi penerangan tentang fungsi-fungsi dan kegunaannya, MyKomuniti, My Soal, MyShop pula peserta akan di ajar cara-cara membuat hebahan di dalam Dashboard Komuniti dan peserta program juga digalakkan memuat turun Boink Ball Challenge Game di khususkan untuk semua golongan terutama golongan muda.

AM Beladin Puan Ommi membantu peserta memuat naik Apps. Dashboard Komuniti & Boink Ball Challenge Game

Muat turun Applikasi Dashboard Komuniti dibantu oleh Squad Pi1M En.Mohd.Adibfahmi

 

Squad PI En.Taher memeriksa tekanan darah peserta (MyHealth).

  

Sesi taklimat Erezeki, Advokasi KDB, Dashboard Komuniti bersama Puan Islinna, Pengurus PI Beladin.