Pasar Tani Usahawan Desa Beladin diadakan 3 hari (jumaat, sabtu dan ahad) setiap bulan. Pasar usahawan desa Beladin dan usahawan dari luar kawasan Beladin akan membuka booth mereka untuk menjual pelbagai makanan, minuman dan sebagainya. Ianya di buka dari pagi sehingga ke malam. Bahkan pelbagai hiburan dan aktiviti di jalankan untuk para pengunjung.
Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan di pasar tani tersebut adalah seperti :-
*Pertandingan Karaoke Terbuka
*Pertandingan Poco-Poco Terbuka
*Pertandingan Tarian Terbuka
*Pertandingan Fesyen Kanak-kanak(12Thn kebawah)
*Pertandingan Pakaian Beragam Dewasa
*Pertandingan Bertandak
*Sukaneka Terbuka (5org 1 kumpulan )