“Berami” adalah satu perkataan yang menggambarkan erti kemeriahan atau beramai-ramai di sesuatu tempat. “Berami” di Kampung Beladin dikenali sebagai MidTown Kampung Beladin. Midtown di Kampung Beladin ini tidak seperti dibandar kerana ianya hanya diadakan pada 7 hingga 9 haribulan setiap bulan. MidTown ini dianjurkan oleh Pejabat Daerah Pusa dengan kerjasama JKKK Kampung Beladin di Beladin Town Square. Lebih-lebih lagi, sambutan yang diberikan oleh
penduduk Kampung Beladin amat positif. Ramai yang menganggap midtown ini sebagai aktiviti riadah dan santai dalam kalangan penduduk. Malah, para usahawan atau peniaga local mampu memasarkan serta mempromosikan produk jualan mereka agar dikenali ramai selari dengan kehendak kerajaan yang diwakili oleh Datuk Seri Hajah Rohani Binti Abdul Karim, selaku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, merangkap Ahli Parlimen P.201 Batang Lupar semasa ucapan perasmian Majlis Sambutan Ambang Tahun Baru dan Pusa Bazaar pada 31 Disember 2016. Beliau berkata, ” Saya mahukan para usahawan dan peniaga menjenamakan produk keluaran mereka tersendiri agar tidak diciplak oleh orang luar. Saya mencadangkan dengan jenama Pusa Best. Hal ini bagi memperlihatkan produk keluaran ini berasal dari Pusa dan mampu bersaing di peringkat global.”
Pelbagai aktiviti yang diadakan pada Midtown Kampung Beladin ini seperti gerai jualan makanan dan pakaian, karaoke, mini fun fair, dan sebagainya.
Perlaksanaan MidTown Kampung Beladin ini dilihat sebagai alternatif dalam memartabatkan Kampung Beladin ini sebagai destinasi pelancongan berkonsepkan pelancongan makanan.