Seperti yang kita sedia maklum, kampung Beladin amat popular dengan kegiatan menangkap ikan terutamanya menggunakan pukat tunda dan pukat hanyut. Aktiviti turun-temurun mereka iaitu bercucuk tanam nasih dilakukan lagi hingga ke hari ini walaupun mereka lebih fokus menangkap ikan di laut dan sungai. Pekerjaan utama penduduk Beladin hari ini ialah sebagai nelayan. Kebanyakan mereka mempunyai bot tunda atau bot pukat hanyut masing-masing untuk menangkap ikan sama ada di sungai, laut persisiran pantai ataupun laut dalam.
Bagi yang menangkap ikan di persisiran pantai, mereka akan pulang membawa hasil tangkapan tiap-tiap hari pada masa air laut ataupun sungai pasang.
Bagi nelayan laut dalam, mereka akan mudik membawa pulang hasil tangkapan selepas sepuluh hari berada di lautan.
Antara aktiviti pertanian yang giat dijalankan di kampung Beladin adalah :
Kelapa sawit
Kebun Pisang
Kebun Kelapa
Batang Rumbia
Kebun Tembikai