Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Beladin mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada anda yang sudi melawat laman portal komuniti kami.
ALAMAT
Pusat Sebaran Maklumat Nasional Beladin merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama TM Bhd dan MSD Digital Intelligence. Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat. Sebanyak 12 PUSAT INTERNET Komuniti untuk Fasa Rintis, 73 pusat untuk Fasa 1, 52 pusat untuk Fasa 2 dan 31 pusat untuk Fasa Felda telah diwujudkan di seluruh Malaysia bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhasrat untuk menjadikan PEDi Beladin agar merangkaikan setiap lapisan komuniti melalui rangkaian Internet sedia ada seperti kerajaan elektronik, rangkaian sekolah-sekolah (schoolNet), klinik, perpustakaan dan sebagainya ke arah mewujudkan suatu Rangkaian Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre). Rangkaian Komuniti Berpengetahuan ini adalah sejajar dengan wawasan negara untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bermaklumat menjelang tahun 2020.Sebagai persediaan ke arah tersebut, setiap PI diberikan tugas untuk memaparkan satu laman web yang beridentitikan tempatan iaitu isi kandungannya menjurus kepada maklumat tempatan. Maklumat-maklumat ini merangkumi maklumat tentang sejarah tempatan, wanita, warga emas, belia, kesihatan, pendidikan, keusahawanan, pelancongan dan organisasi tempatan.Pada masa hadapan, kementerian berhasrat menjadikan PEDi sebagai pusat untuk pelbagai perkhidmatan seperti berikut :
- e-Perkhidmatan Kerajaan (e-Government)
- e-Pembelajaran (e-Learning)
- e-Dagang (e-Commerce)
- Pengumpulan dan pertukaran maklumat
- Pusat Komunikasi
- Pusat pembangunan aplikasi berdasarkan perkongsian perisian
- Pusat peperiksaan dan persijilan.
Pelbagai kelas dan Program berkenaan ICT yang seringkali diadakan di Pusat Internet Beladin antaranya adalah
- Kelas Microsoft
- Intel Learning Program
- 1 Citizen
- Klik Dengan Bijak
- Klik Pengguna Bijak Usahawan
dan banyak lagi.